Friday, February 17, 2012

perkongsian rasa hati

mula2 terfikir jgk nak tulis ke x? story kecik punya hal pun nk tulis ke? tp bg sy x kecik punya hal ini tentang hati dan perasaan bg org2 yg turut merasa. maybe bunyi mcm story kanak2 tp tidak bg sy. fikir2 balik tulis je la x salah kot.

beberapa minggu yg lps izwan pilus meninggal dunia kalau x silap sy umo dia 28 @ 30 coz virus air kencing tikus. serious ckp sy mmg terkejut dan sebak,utk kali kedua sy menangis utk org yg x ada kaitan dgn sy.

first dulu masa arwah ustaz asri rabbani meninggal mmg sy diantara org2 yg sangat merasai kehilangan ustaz asri seolah2 hilangnya sebuah permata berharga di dlm sebuah negara. nak kata pernah jumpa @ sembang mmg x la. nak kata minat sgt dgn kumpulan rabbani tu x la tp if ada kumplulan rabbani kat tv tu sy akan tgk jgk. tambahan ustaz asri mmg sinonim dgn azan dan takbir raya so selalu la tgk muka dia. bayangkan sy x bleh langsung tgk pic2 arwah. if msa on9 terjumpa pic arwah mula la airmata sy keluar. dgr suara azan arwah sy dh menagis tersedu-sedu. takbir raya lagi la setiap tahun sy akan tunggu takbir raya ustaz asri tp tahun tu sy dgr takbir raya sampai menangis sebaknya hanya tuhan saja yg tahu. berminggu jgk la nak terima hakikat tu. alhamdulillah skrg dh ok tp bila terjumpa pic arwah tu rindu nk dgr
suara arwah. skrg dlm tv dh x ada, takbir raya pun dah tukar org lain.

berbalik pada cerita izwan pilus tadi dalam situasi yg sma knp sy plk yg nak sebak erk? coz yg saya tahu arwah adalah seorang yg baik, anak yg baik, kwn yg baik dan pekerja yg baik. banyak perubahan yg di buat semenjak dua menjak ni dan rupa2nya dia semaking menghampiri hari2 terakhirnya dan yg membuat sy terfikir jgk dia belum mendirikan rumah tangga. kan hanya 2 benda yg akan membantu kita di sana doa2 anak soleh dan sedekah jariah. soalan ini sy ada tanya pada kwn2 tempat kerja. diorg ckp mmg la nmpk mcm rugi. satu x ada tp nk buat mcm mna itu yg tertulis utk dia. kita sama2 doakan semoga ada amal jariah yg dibuatnya semasa hayat. bab jodoh kata kwn sy insyallah ada jodoh utk dia di sana. alhamdulillah ada jgk utk dia.

beberapa minggu yg lps jgk sy dan family dikejutkan dgn kematian kakak sepupu kak na di sebabkan barah hati. dia berumo 50 tahun dan x kawin lg. sy dengar drpd mak kak na mula start kerja kat sebuah kilang di penang lps spm sampai la dia pencen dan meninggal. pekerja yg rajin dan x pernah saja2 nak ambik cuti. salah satu sebab dia x kawin coz dia tgk pengalaman kakak dan adiknya yg bercerai membuatkan hatinya agak tawar dengan alam perkahwinan. tp alhamdulillah dia berjaya menjaga arwah ibunya dengan baik sampai ke akhir hayat ibunya. lepas ibunya meninggal kak na tinggal seorang diri di rumah yg di belinya. lepas pencen kak na tinggal di rumah adiknya dan masa tu la baru dapat kesan yg kak na menghidap barah hati. doktor x memberi sebarang harapan coz keadaanya yg dh tersangat teruk. sakitnya x lama selepas beberapa minggu kak na di panggil pulang kepada penciptaNYA YG ESA. alhamdulillah penderitaanya x lama dan x menyusahkan sesiapa. hari ni mak call tok bertanyakan khabar. tok ada cerita kat mak, kak na ada banyak simpanan tapi dia x sempat nak merasa hasil titik peluh yg dia kumpulkan selama 32 tahun dia bekerja dan hajatnya dia nak ke mekah utk menunaikan haji. dia ada tulis dia sanggup bayar berapa saja pada pihak swasta yg boleh terbangkan dia ke mekah tanpa menunggu giliran @ menunggu berbulan-bulan, tapi hajatnya x kesampaian.

drpd kisah hidup mereka kdg2 otak jahat ni mula la berfikir adakah sy jgk akan mengalami nasib yg sama seperti mereka? adakah sy jgk x akan bertemu jodoh hingga ke akhir hayat sy?
x baik sebenarnya mcm tu astagfirullahalazim....


a/k utk diri sendiri: smuanya sdh tertulis tentang hidup,jodoh dan mati ketika kita berumo 4 bulan di dlm kandungan ibu.percayalah, yakinlah, terimalh, redhalah.....dan carilah cinta ALLAH kerna itu la cinta yg hakiki. =))


2 comments: