Monday, February 27, 2012

DIA

niat di hati tadi petang dh nak up date story tp tengah baik punya merangka story tetiba terlena pulak nah ambik alamatnya menjadi burung hantu la malam ni.

ok malam ni nak story sikit bersempena dgn februari yg akan meninggalkan kita beberapa hari lg ttg seorang yg sgt saya kagumi dan minati juga berkongsi bulan yg sma dgn sy tp dalam peristiwa yg berbeza.

siapa x kenal dgn seorang yg bernama SUDIRMAN HAJI ARSHAD yg pernah terkenal satu masa dahulu. apa yg sy katakan kami sama tapi berbeza, pd bulan februari sy dilahirkan tp sudirman meninggalkan dunia ini. tahun ni genap 20 tahun permegian sudirman.
masa sudirman menghembuskan nafas terakhirnya sy baru berumur 3 tahun x sempat pun nak jumpa @ nk tgk di tv secara live. tapi semakin sy membesar sy semakin mengenali sudirman. setiap kali tanggal 31 ogos mak mula la bercerita saat2 kelahiran abg coz abg lahir 1/9. masih segar dlm ingatan mak pada malam tu mak sempat melayan konsert sudirman secara live di tv sempena kemerdekaan dan sampai skrg mak still akan bercerita benda yg sma setiap kali 31 ogos. mak pun minat dgn sudirman.

dari kecil sampai skrg sy byk dgr ceritanya.sy dibesarkan jgk dgn lagu2nya. ia sy sangat meminati dia. jujur sy katakan sy x boleh dgr lagu dia dinyanyikan oleh penyanyi lain coz mmg x akan sma dan sumbang sgt. dia nanyi dgn penuh jiwa. i can feel it.

antara artis skrg yg sgt meminati sudirman adalah aznil haji nawawi sampaikan pak nil sanggup smbg study kat UM walaupun dlm course yg berbeza coz sudirman pun study kat situ dulu dlm course guaman. pak nil siap pergi cari bilik yg sudirman duduk dulu dan tangkap pic kat depan signboard UM coz sudirman pun pernah pose kat depan signboard tu. mmg peminat giler la pak nil ni. sy pun ada terfikir jgk dlm 2,3 hari ni rsa2 ada x course yg sy nk kat UM tu. kalau ada nak jgk masuk coz sudirman dan pak nil pernah study situ.
heheheheheh......nk jgkkkkk
kalau nak cerita pasal sudirman di mmg x habis walaupun sudah 20 tahun berlalu tapi org masih bercerita ttg dirinya. masih ada cerita2 baru tentang dia. betul la kata pepatah harimau mati tinggalkan belang manusia mati tinggalkan nama....


ini la sudirman....
suka tgk dia pakai baju melayu ni hensem sgt....

biodata :
  • dilahirkan pada hari rabu 25 mei 1954 di termerloh pahang
  • anak bongsu dri 6 beradik
  • 1961- sek.ren.abu bakar,sek.kebngs jln bahagia, sek.men.sultan abu bakar
  • 1976- universiti malaya dlm fakulti undang-undang
  • 11 ogos 1976- johan bintang rtm
album:
Tahun 1980, album Anak Muda dan Lagu Anak Desa
Tahun 1981, album Lagu Dari Kota dan Twinkle-Twinkle Little Star
Tahun 1982, album Lagu Cinta dan Abadi
Tahun 1983, album Images (hanya sebuah album sahaja)
Tahun 1984, album Orang Baru dan Lagu Dari Sebuah Bilik
a/k: al-fatihah buat sudirman semoga dia aman di sana di sisi pencitaNYA YG ESA. miss u uncle sudir =))

No comments:

Post a Comment