Saturday, June 30, 2012

jalan2 di laman padi & awana porto malai...

 salam sabtu....hari ni sy dan adik wan decided nak pergi jalan2 kat laman padi coz skrg ni ada karnival homestay dan dh 2 tahun stay kat langkawi smua dh di terokai tapi laman padi belakang rumah x sampai lagi....hehehehhe. apa2 entah kan x tahu la kat mna silapnya jadi hari ni kami tekad utk terokainya...
 


 kat luar je kat dalam x bleh tgkp gmbr...



x ada pic karnival pun? coz masa kami pergi tu booth kat situ smua dh berkemas nak balik. sy pun x faham kat kain rentang tulis jumaat-sabtu dan pukul 10.00am-6.00pm. tapi masa kami pergi pukul 2.00pm smua dh kemas. knp erk? x ada sambutan kot...

lps habis terokai laman padi dan posing2 kami menuju pulak ke awana porto malai... lps parking terpandang kain rentang alamak LIFT 2012 la hari ni mcm mna bleh lupa ni mmg nak sgt tgk org lawan pancing ni.
tapi seribu kali sayang dh habis dh pun.huhuhuhu.....x dpt la tgk org lawan pancing.


antara tujuan utama tergerak hati nak dtg awana porto malai coz nak tgkp pic kat kawasan hotel awana porto malai. hari tu tgk kat fb diddy hirdy cantik giler pic dia. so nak jgk,nak jgk....



berangan jadi org kaya kejap....hehehhehe


suka sigboard ni...

dh lma x keluar jalan2 mcm ni. best sgt sekali sekala dpt relax2 kan otak tgk keindahan alam...

Friday, June 29, 2012

cerita saya....

rasanya nak kena story jugak kat sini setelah sekian lama ku fikirkan, ku pendam, ku nilai dan ku perhatikan. ini just pandangan sy sendiri kalau x setuju or x puas hati....
biarla ada sy kisah ni blog sy lantak la sy nak tulis apa kan....hehehhehehe.
sy x sekejam dan sejahat tu... pandangan anda dan perkongsian anda sangat dihargai.
ok berbalik kepada story utama sy....
ada hari tu sy dengar pendapatan seseorang, dia cakap berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain x kira la kita pergi belajar atau kita pergi berjalan sebenarnya adalah sangat baik. katanya dari situ kita dapat belajar ttg kehidupan....belajar dari pengalaman orang, tingkah laku orang dan tempat itu sendiri....
iya sy sangat2 bersetuju dengan pendapat tu dan iya jugak bergantung sejauh mana kita melihat, mendengar, menilai,berfikir dan belajar.....
sy jugak belajar dari pengalaman sy sendiri (pengalaman yg baru setahun jagung ni x byk pun)...
dari kecik sampai la sekolah menengah dunia sy hanya setakat sekolah dan rumah. kalau lebih pada tu mesti keluar dgn abah dan mak. x banyak yang sy belajar.... berkawan mmg rsanya sy la org yg mmg x tahu berkawan bukan bermaksud sy sombong tp sy mmg x tahu apa itu kawan. (gila kolot kan)....
lepas SPM sy start kerja... dan wah!!!!!!!! inila rupanya dunia sebenar. berhadapan dgn mak cik2 yg suka bla,bla,bla,bla....berhadapan dgn org yg suka berckp depan lain belakang lain....berhadapan dgn org yg berkerjaya dan agak cegeng.....berhadapan dgn apa yg dikatakn permusuhan....
aduyai!!!!!!!!!!!!!!! banyaknya watak di atas muka bumi ni. kemudian dilepaskan pertama kali menetap di tempat lain.... tp alhamdulillah sy dipertemukan dgn org yg baik2 dan banyak pengalaman hidup. masa tu sy pegang dgn apa yg dikatakan open minded (berfikiran terbuka)... sy dengar segala cerita hidup dan pengalaman diorg yg baik mahupun yg x buruk (mna ada manusia yg perfect kan atas muka bumi ni)....
dan alhamdulillah banyak yg sy belajar dan banyak yg sy mula faham...
dan sekali lagi sy dilepaskan seorang diri ke satu tmpt yg sgt hebat, hebat dari segala segi...kalau kaki dan hati ini x kuat utk berdiri dan melangkah rasanya dah lama lemas di dalam gelombangnya....
alhamdulilah sekali lagi sy bernasib baik dikelilingi dgn org2 yg baik dari pelbagai latar belakang dgn pelbagai pengalaman. disitu sy banyak belajar ttg persahabatan, persaudaraan dan kasih sayang....
hampir 3 tahun di sana, pada mulanya ingin kembali ke tempat asal tapi rupa2nya sy melangkah lagi, kali ini menyeberangi selat melaka (rasanya selat melaka kot....hehehhehe) tapi kali ini berbeza kerana sy bersama keluarga. satu lagi pengalaman baru, hidup baru, suasana baru dan tmpt baru. dan kini hampir 2 tahun disini banyak yg sy belajar ttg semangat pasukan, tanggungjawab dan byk lg....sy seronok utk terus belajar. tp kadang2 apa yg sy belajar dan apa yg sy faham membuatkan sy takut..... yes takut dgn dunia, takut dgn perjalanan hidup.... tapi walau apapun yg terjadi hidup perlu di teruskan dan jadikan smuanya sbg panduan hidup yg berguna....tul x? so sy sgt bersetuju dgn pendapat org tu dan why not kita mengembara dan dari satu tmpt ke satu tmpt yang lain kan.
firstly nak terima kasih utk mak dan abah yg bg peluang dan kepercayaan utk sy melangkah jauh sorang diri....2 benda penting yg kita mesti jaga....
pertama kepercayaan ibu bapa. kalau ibu bapa dah bagi green light utk kita melangkah seorang diri jagalah kepercayaan tu baik2. jgn ingat bila kita sorg diri dan jauh dari family kita boleh buat sesuka hati. semua org ada perangai jahat dan pernah buat jahat (sy pun sama) tapi jgn sampai jahat tu menghancurkan kepercayaan ibu bapa kita. sekali diorg dh x percaya, selama-lamanya diorg x akan bg dh kepercayaan tu even kita dh taubat nasuha... betul kalau x percaya try la buat sekali...
kedua sudah semestinya la maruah diri dan keluarga. mybe kepercayaan tu kita boleh diberi peluang lagi utk dipercayai tapi maruah tu hanya ada satu dan sekali. kalau batu permata hilang mybe kita ada peluang utk dapat balik tapi kalau maruah kita...bukan kita saja, silap2 tujuh generasi pun akan effect sama. so fikir2 kan lah dan selamat beramal....

akhir kata pengalaman itu sangat baik sebenarnya tapi bergantung sejauh mna kita LIHAT, DENGAR, FIKIR, NILAI DAN BELAJAR....=))


Sunday, June 24, 2012

andainya aku....

 angan2 tu x perlu dibayar dan x menganggu orang lain kan...betul x? 
so nak berangan kejap di waktu2 petang yang tenang lagi damai ni.....hehehhehehehe.
berbalik kepada story 
andainya aku diberi peluang utk pergi bercuti tempat yang akan aku jejaki....

1)  TAJ MAHAL INDIA

inginku rasai dan nikmati kehebatan cinta sejati dari 2 insan  yang bergelar suami isteri...
lambang cinta yang diabadikan dengan penuh seni....
 ikhlas dari ketulusan hati raja kepada permaisuri.....

 
2) TEMBOK BESAR CHINA.

inginku menyusuri kehebatan bentang pertahanan ini....
dibina atas dasar cinta pada negara yang tidak berbelah bahagi....
masih tetap gah berdiri...
tidak pernah rebah walau seinci....


3) COLOSSEUM ITALI

inginku hayati tempat yang pernah menjadi saksi....
 dimana pahlawan2 hebat pernah beraksi....
mempersembahkan kehebatan diri....


4) PETRA JORDAN

inginku terokai kota batu yang megah berdiri ini...
 yang dikatakan  serba canggih dgn berteknologi tinggi...
kota yang sulit dan sukar ditembusi....


kalau nak dikutkan semua tempat diatas ni adalah diantara 7 keajaiban dunia.
setiap tahun 7 keajaiban ini akan berubah coz ada pihak yang akan menganlisis tempat2 ni. 
rasanya selama sy mengikut perkembangan 7 keajaiban dunia 4 tmpt ni saja yang x berubah.
or maybe sy yang x faham kot. more details boleh search kat internet k
kalau ikut pada angan2 tu wah hebatnya....
nama pun angan2 kan semuanya boleh menjadi realiti dalam dunia angan2. 
nak tunggu kaya mmg rasanya x la kot tapi hope one day mampu untuk pergi salah satu tempat di atas.
satu pun dikira ok la daripada x dapat langsung...=))



Tuesday, June 19, 2012

majlis perkahwinan...

 alhamdulillah kak un dan abang alif selamat dinikahkan..story2 lps ada sy up date kan story kak un tunang.... cepatnya masa berlalu rasanya macam baru je balik utk majlis tunang... tup2.. balik plk utk majlis akad nikah dan kenduri. maka berkumpul lah sekali lagi keluarga besar kami.....hipppppiiiiiiiiiii

majlis akad nikah...
 





majlis perkahwinan......


saudara mara pengantin perempuan...

 sesi menandatangan buku tetamu...


malam kenduri ada BBQ & birthday party abg haslee dan khalees haseef...


majlis bertandang.....



 
 many faces of my nice and nephew aka cicit tok rehmah.....
ini sebahagian je ada lagi sebenarnya.
alhamdulillah majlis berjalan lancar, happening dan meriah sangat.

to kak un & abg alif
selamat pengantin baru moga kekal hingga ke akhir hayat dan selamat membina keluarga yg bahagia di dunia dan akhirat.
as usual nak request anak sedara cepat dan ramai coz i love to have a lot of anak sedara ala2 nak tambah koleksi gitu....hehheheheheh. 
sebenarnya mak ngah dah gatal tangan nak beli hamper baby ni.
 

Monday, June 18, 2012

hai,hai,haiiiiiiiii....

i'm back...hureyyyyyy!!!!!!!!! slps hampir sebulan dh boleh on9 balik...alhamdulillah...si reedky dh kembali sihat walafiat slps di hantar kepada yg pakar. biasala la dh 4 tahun + dh lanjut usia ni byk la karenahnya dan lengkap la kali  ke-4di format..... hai  la reedky selamat la daku ni sangat menyayangimu. kalau ikut hati ni nak je cari penganti baru. but don't worry i still and always love you ok.....
sebulan menyepi tanpa sebarang story.... banyak story sebenarnya tp nak cover balik kena slow and steady + hari2 yg sangat busy....x habis2 busy tu kan tp x kaya2 pun (^_^)
ok disebabkan kelarutan malam dan esok nak keja so terpaksa stop dulu nnt sy akan up date story k. 
good night (^_^)zzzzzzzzzzzzzzzzz....