Sunday, October 23, 2011

cikgu oh cikgu....

minggu lepas busy buat paper exam my students lepas tu start exam. minggu ni busy pulak dengan result exam. minggu depan busy dengan preparation hari anugerah. wah!!! bulan yang cukup busy untuk tahun ni. biasala hujung tahun kan.....=))

sapa cakap kerja cikgu tu senang? meh sini jumpa saya. saya nak cabar orang tu jadila cikgu just untuk seminggu hanya sebagai cikgu tadika.anda akan tahu macam mana nikmat sebenarnya....

orang selalu cakap kerja cikgu banyak cuti. yes... memang kerja cikgu banyak cuti tapi pernahkah anda terfikir segala buku2 dan fail2 yang terpaksa seorang cikgu bawa balik ke rumah untuk disiapkan masa hari cuti. kadang2 tu cuti seminggu ditolak untuk siapkan kerja2 yang di bawa balik rasanya cuti yang sebenar just 3 hari.....

orang selalu cakap masa kerja cikgu x lama kalau cikgu tadika macam saya just pukul 7.00am untill 3.00pm. yes....memang masa kerja cikgu x lama macam orang lain yang masuk pagi balik lewat petang. tapi tahukah anda masa 8 jam tu belum tentu cukup untuk menyiapkan semua kerja2 di tempat kerja sampaikan cikgu2 perlu membawa balik kerja2 tersebut ke rumah dan menghabiskan separuh/setengah malam untuk menghabiskan semua kerja2 tersebut kerana cikgu tidak boleh masuk mengajar keesokan harinya hanya dengan tangan kosong....

orang selalu cakap ala setakat ajar budak2 apa la susah sangat. yes.....cikgu tadika macam saya just mengajar budak2 yang berumur 4,5,6 tahun. tapi pada hakikatnya kalau anda tidak mempunyai kesabaran yang tinggi pasti anda akan terlibat dengan kes dera or di hukum atas kesalahn mencederakan kanak2. sejujurnya hampir 2 tahun saya bergelar cikgu tadika hingga ke hari ini saya masih terfikir dan berfikir untuk menukar kerjaya yang lain bukan berkaitan dengan bidang perguruan. tapi saya hanya mampu memujuk diri dengan diploma pendidikan yang saya miliki. sayang if saya pergi ke arah lain kan =))

tolonggggggggg la jangan memandang kerjaya sebagai cikgu hanya sebelah mata especially cikgu tadika macam saya. at least sebuah senyuman sebagai tanda hormat pun dah cukup. x perlu la pujian yang melambung-lambung tinggi.

maaf jika saya tetiba pulak ter'emo malam ni dan membebel x tentu arah.nak relax kejap sebelum menyambung kembali kerja menyiapkan buku laporan my students.(^_^)

tq...
bye =))

No comments:

Post a Comment