Thursday, July 26, 2012

alif iskandar punya cerita

alhamdulillah hari ke-6 berpuasa bagi tahun 2012. malam ni nak story sikit pasal sorg student sy muhammad aliff iskandar nama diberi....untill now sy masih terfikir apa yg sy buat ni betul ke x? @ sebenarnya telah menjerat + memakan diri sy sendiri (mcm tragis je bunyi kan)....story bermula dlm beberapa minggu yg lepas.....
cerita 1
 
satu hari disebabkan kenakalan dia yg makin menjadi-jadi sampaikan sy dh penat nak bercakap dan sebut nama dia yg x reti duduk diam tu sy pun panggil dia...(konon nk try cara psikologi la plk)

saya : alif cikgu nak ckp satu benda. aliff dengar sini baik2....bila aliff dh besar nnti, aliff kerja sebagai cikgu mcm cikgu (smbil tunjuk diri sy) aliff jgn marah tau kalau anak murid aliff nakal dan x dengar cakap sebab skrg aliff langsung x dengar cakap cikgu dan aliff langung x pernah nak ikut apa yg cikgu cakap.aliff nakal sgt. nnti aliff rasa la mcm mana cikgu rasa skrg......

aliff : cikgu cakap apa aliff x faham pun.....(smbil buat muka blur)

saya : dh pegi duduk....

mmg confirm la dia x faham coz baru 5 tahun tapi demi kepuasan hati sy, sy nak luahkan jugak walaupun dia x faham. 10 minit kemudian dia dtg balik pada sy.....

aliff : aliff dh tahu dh skrg...

saya : apa dia aliff?

aliff : ermmmmm....aliff nak tanya cikgu masa cikgu tadika dulu cikgu nakal x?

saya : x cikgu baik je buat kerja...

aliff : iyeke? mesti cikgu pun nakal sebab tu la skrg aliff  pun nakal mcm cikgu tadika dulu....

saya : ermmmmm......mana ada aliff cikgu baik je tau.(sy kekeringan sumber utk membidas)

OMG...... ini dikira terkena ke? dikena ke? mengena ke? apa ke?

cerita 2 

beberapa hari yg lepas tgh sy sibuk dgn kerja2 sy tetiba aliff panggil sy dri tmpt duduk dia...

saya : knp aliff?

aliff : cikgu nak tanya sikit....dulu masa cikgu tadika mcm aliff cikgu rajin x buat kerja sekolah?

saya : rajin la sebab kalau x buat nnt cikgu kena denda tau...

aliff : owh... ingatkn cikgu pun malas dulu sbb tu la skrg aliff  pun malas nak buat kerja sekolah...patutla cikgu suka denda kalau x buat kerja sekolah sbb dulu cikgu pun kena denda..... (sambil senyum sinis)

saya : mna ada kwn2 cikgu je yg kena, cikgu x....

motif apakah di sebalik pertanyaan itu? huhuhuhu.........

cerita 3

2 hari lps tgh sy sibuk tanda buku tetiba aliff datang menghampiri sy....

aliff : cikgu aliff nak tanya satu soalan bleh?

saya : apa dia aliff?

aliff : masa cikgu tadika dulu mcm aliff cikgu puasa x?

saya : puasa la penuh tau sbb kalau x puasa nnt mak cikgu rotan...

aliff : owh... ingatkn cikgu pun x puasa sbb tu la skrg aliff pun x puasa...(dgn tanpa rasa bersalah dia duduk balik)

saya : (just diam)......

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....apa yg sebenarnya tgh berlaku ni? dia x habis2 nak bandingkan sy mcm sy la punca segala-galanya. psikologi yg sy buat hari tu dh memakan diri sy. sampaikan dh berminggu-minggu aliff still ingat dan paling x tahan everything dia nak compare kan sy dgn dia. apa bleh sy buat untuk stopkan perbandingan yg x habis2 tu? help!!!!!! do u have any idea....

Wednesday, July 18, 2012

mari bereksperimen

 balik kerja tadi tetiba saja rasa nak makan dadih @ puding @ agar2 @ apa2 saja la yg sewaktu dgnya. mmg dh terasa-rasa dh kat anak tekak ni. then mula la selongkar peti ais alhamdulillah terjumpa sebungkus dadih segera tp susu cair pulak x ada tp demi nak makan punya pasal ku sanggup start enjin kereta dan terus menuju ke kedai. kalau hari2 lain mmg jgn harap la, balik kerja sampai saja rumah mmg mintak maaf la nangis air mata darah pun sy x kan dgn rela hati nak kluar pergi kedai sbb tu la my mak dh tahu kalau nak suruh beli apa2 mesti mak call masa sy on day way balik kerja (terukkan perangai).....

slps siap beli brg2 keperluan maka bermula la operasiku.... mula2 nak buat yg biasa2 saja...dadih jagung


lps tu mula la terfikir apa kata kita try buat 2 layer yg bawah dia perisa milo, dh terbayang-bayang dh kat kepala coz haritu pernah tgk ada org buat kat fb....keinginan tu dh lma tp biasala kemalasan kesangatan tu yg x pernah buat tu....so dgn penuh kerajinan ku masak adunan sekali lagi dgn penuh semangat tanpa ikut resipi just ikut naluri hati dan main kot2....

but dammmm....

peti ais x sejuk,ada manusia yg tutup suis tanpa disedari....so terpaksa la menunggu peti ais sejuk coz kena sejukkan layer pertama baru la bleh tuang layer yg kedua.....huhuhuhuhu nasib la kau dadih...

dan alhamdulillah akhirnya menjadi jgk dadih 2 layer ku....


dari segi manisnya dan perasanya ok bleh tahan not bad...percubaan pertama don't worry nnt kita cuba lg k....6/10 markah utk diri sendiri (puji diri sendiri) hehehhehehe....


Tuesday, July 17, 2012

sendiri itu terapi....

mlm ni nak share apa yg sy baca sebentar tadi dari remaja dan cinta - i love islam (tgh2 free mlm2 ni) hehehhehehhe....halaman ni mmg menarik minat sy jom kita baca sama-sama.

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.
Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)
Wallahualam...

Friday, July 13, 2012

hari sukan

 alhamdulillah hari sukan utk tadika al-fikrah dh selesai hari ni dgn jayanya. walaupun hanya berbekal 2 minggu utk berlatih sukan dan membuat segala persiapan.
alhamdulillah tahun ni sy dpt jdi guru utk rumah biru. mmg best la sgt coz my favourite colour is blue so mmg tersangat ke'excited'kan dan berkorbar-kobar....
tema yg dipilih utk perbarisan adalah superhero @ pahlawan....

  maskot utama rumah biru.....zoro dgn kostum yg x berapa nak jadi

 hang tuah tanpa tengkolok coz x smpt nak buat.....puteri hang li po dgn kostum yg senget....

 dik wan rumah hijau dgn pakaian askarnya....

kalau ikut hati tu mmg x berapa puas hati coz byk yg kurg tp xpe la nak buat mcm mna yg penting usaha dan kesungguhan tu ada kan....
dan tanpa disangka-sangka rumah biru dapat jdi pemenang utk perbarisan.....
hehehhehehe...... rezeki,rezeki


masa ni ramai dh balik so just byk ni je la yg tinggal.....hari sukan tahun ni mmg paling best la....