Wednesday, May 23, 2012

aira in the house

aira mcm tahu2 je mak ngah rindu sangat kat dia. 
hari selasa hari tu aira dtg ke rumah kami. 
aira dh pandai berjalan dh skrg comel je mcm robot dan kdg2 jatuh almaklumlah baru lesen L.

 aktiviti favourite aira dari baby sampai skrg...mandi manda

 seronoknya dia..

aira buat pose manja....
sebenarnya tangan tgh mengagau cari kereta kecik dlm baldi tu
kegemaran baru habis smua toy dia nak angkut masuk dlm bilik air

bila boleh berjalan ni maka teramat tersusah sgt la utk mak ngah nak snap pic dia. 
mmg dlm byk2 pic ini je yg menjadi itu pun puas di edit..aira,aira

sayang aira =))



Monday, May 21, 2012

selamat petang

 sebenarnya x ada story best pun nak up date... 
(adakah hidupku ini x dipenuhi dgn warna warni kehidupan....huhuhuhuhu)
normal la kan kalau hari2 nak ada part2 yg best itu namanya drama tv bukan kehidupan realiti tul x?
ok story hari ni just nak habis kan masa2 senggang di waktu petang yg terluang....=))

ini cerita sebelum balik sekolah tadi aksi si ariff ketika sy sdg menanda buku...
"ariff buat apa tu?"
"(sambil tersengih)....tgh makan burger cikgu"
"hahahhahaha.....ariff buat lawak pukul 1....sabar2 ariff dh nak balik dh"
ini confirm kes lapar la ni buku pun dia dh imaginasikan sbg burger siap buat action lagi....=))

lepas mak keluar hospital hari tu mak ambik keputusan utk berhenti mengasuh coz skrg ni kesihatan mak pun masih x menentu rasanya dh sampai masanya utk mak rehat. so xpelah walaupun berat hati nak melepaskan mereka...huhuhuhu rindu la kat my AAA.......





Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru

16/5/2012 - hari ni giliran hari guru pulak. 
sebelum tu pagi tadi our bos selamat berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah...
huhuhuhuhu... 
walaupun sy adalah sorg pekerja yg nakal dan degil tapi sebak jgk tau bila our bos nak pergi umrah ni.
ok berbalik pada sambutan hari guru di tadika x la buat besar-besaran sgt just buat simple je dan kelas still berjalan seperti biasa.
tahun ni kami dpt banyak kek dari parents


 masa kami sedang mendengar nyanyian selamat hari guru dari murid2 kami dikejutkan dgn penghantaran kek yg besar ni.yg paling x disangka-sangka dari ayahanda dan bonda arwah alya najiha.
"terima kasih ayahanda dan bonda alya najihah kerna masih mengingati kami..."



 sesi memotong kek...


aktiviti di dalam kelas membuat kad hari guru...


arif ubaidillah bersama hasil kerjanya

ketekunan mereka...


tahun ni byk dapat hadiah pen. hehehehehhe....teringat zaman sekolah rendah dulu kalau hari guru je mesti pergi beli pen dan balut dgn kertas hadiah.then still rasa seronok bila cikgu ucap terima kasih paling x bleh blah bangganya bukan main coz dpt bg cikgu hadiah....=))


Sunday, May 13, 2012

selamat hari ibu

 SELAMAT HARI IBU....HAPPY MOTHER'S DAY....

antara aktiviti di tadika hari ni adalah membuat kad utk ibu. tahun ni cikgu rajin sikit so aktivitinya pun agak mencabar minda jgk la.

 tgk ketekunan mereka menampal ayat selamat hari ibu

selamat la hari ni my students mood baik 
so masing2 berkobar-kobar nak siapkan kad ni walaupun ssh.

ok dah siap...
cantik x? 

ok ini pulak utk mak tersayang....black forest cake.

ini dpt gift bila beli kek..
just buat simple2 je coz just 4 of us. kalau kumpul ramai2 dgn abang dan adik best jgk la. insyallah tahun depan dapat kumpul sama2 boleh la buat besar2 kan...hehehhehe
.
terima kasih ALLAH utk tahun ke-23 hidup ini saya masih ada wanita teristimewa ini disisi...
menemani setiap saat sunyi, berkongsi cerita hati, menegur kesalahan diri, menasihati utk kebaikan diri.....
ALHAMDULILLAH


Friday, May 4, 2012

malam sabtu

mlm ni nak share sikit something yg i likeeeeeeee it...setiap malam sabtu dan sejak ada astro warna...=)). kalau dulu mmg x pernah terlepas la raja lawak, maharaja lawak, maharaja lawak mega. smua org tahu kalau chanel 132 tu mmg x ada citer lain selain drpd citer lawak yg boleh gelak sampai pecah perut. dan skrg sudah semestinya super spontan. 

super spontan ni adlh satu game dimana artis2 komedi yg terlibat kena spontan x ada skrip dan latihan so mmg mcm2 la karenah diorang yg mencuit hati. tp ramai yg x minat sebenarnya coz biasala kdg2 org ckp apa2 entah lawak diorg ni but for me this is one of my therapy diri lps 5 hari penat bekerja. rasa puas sgt bila dpt gelak dan btul2 hilang smua stress yg ada tapi x la sampai sy gelak x ingat dunia.

walaupun sy ni peminat fanatik warna biru (fanatik ke?) but tidak utk kali ini. sori my favourite team is angsa ganas yg berwarna merah coz for me smua ahli dia sma hebat but not for beruang comel kekuatan terletak pada johan...sori pengakuan jujur ni.

malam ni punya tanpa zizan
 
  
angsa ganas ada zizan....=))
 
 
setiap minggu diorg akan singkirkan sorg ahli kmpln if diorg kalah game
 

apabila jozan digandingkan mmg gempak la...

team angsa ganas....

 team berunag comel...


minggu ni zizan x dpt join coz dia sakit dan mengalami radang otot kerana terlampau penat bekerja. kesian dia cepat sembuh iye zizan...

disebabkan super spontan sy tlh dgn beraninya tolak cadangan my bos utk tukar meeting hari jumaat kpd hari sabtu. sori la bos sy nk tgk citer ni kalau x mmg x dpt la sy tgk coz kena bangun awal if meeting ditukarkan kpd hari sabtu pagi. super spontan ni start kul 10pm untill 11.30pm so mmg akan menganggu time tidur sy. (hahhahahah...boleh plk kan)

kpd org2 yg menyampah tgk wall sy yg akan penuh dgn satus berkaitan super spontan setiap malam sabtu sori la iye sy mmg minat sgt... dh x bleh nak buat apa dh. sy x harap pun apa2 komen drpd sesiapa just sy share pndpt dan perasan sy x lebih drpd tu....

ok good night (^_^) zzzzzzzzzzzzzzz


Tuesday, May 1, 2012

selamat hari pekerja (^_^)

mencuri sedikit masa tidur.... "kejap iye cik mata kalau sy x up date hari ni confirm sy dh malas nak up date esok dan selamanya." hehehehhe....
alhamdulillah utk kali ke-2 dapat menyambut 1/5/2012 (org yg kerja saja bleh sambut ok)...opssss!!!!maaf terpedas plk statement =)). 
  utk kali ni just nak share sedikit aktiviti yg telah dilakukan oleh my family sempena 1/5/2012. kalau ikutkan selalu je buat aktiviti ni tapi hari ni special sikit coz bleh dikatakan separuh hari melakukan aktiviti ni dari pagi sampai petang + sambil minum2 + makan2 + sembang2 + menikmati angin laut yg sepoi2 bahasa....

aktivitinya melepak di istana pak teh. pak teh ni kawan tempat kerja abah. anak2 dia dh besar dan dh berkahwin so kat rumah ni just tinggal diorg suami isteri maka kami lah yg selalu pergi menyemak aka melepak kat rumah dia sambil borak2 kosong selalunya kejap je singgah rumah dia tpi hari ni lma berbenor siap bleh landing2 lagi sambil menghadap laut...

 apa yg best rumah pak teh ni di bina diatas laut dari bahagian depan sampai la ke dapur. kalau air pasang tu seolah-olah terapung dlm air la....

 best dok tepi tingkap sambil tgk org menjala...

masa ni air tengah pasang. so bot semua terapung tepi rumah je.

dik wan tgh meneropong...tgk duyung ke dik?

dik wan dan abah tgh berebut teropong sebenarnya...

plan asal nak pergi tgk pameran kapal2 navy tapi rupa-rupanya pameran hari sabtu hari tu. nampaknya tahun ni x dpt la tgk kapal2 navy. so kami tukar  la plan melepak kat rumah pak teh. 
 terima kasih pak teh dan mak teh kerana melayan kami hari ni. mmg best sgt. betul2 rest hari ni di atas laut. bila2 kami dtg lagi...=))