Monday, December 26, 2011

lepaking.....

ini masa hari sabtu, lepas ambik adik dari jeti. lepas tu terus ambik si bulat2 aira and we decided lepak2 tepi pantai belakang airport.

aira buat muka hepi coz dapat jalan2...

telatah aira dan adik wan...

mak, aira dan adik....

aira buli abang....

dah lama x lepak2 mcm ni. sekali sekala best jugak. kebetulan adik balik coz dia cuti 3 hari. so jom la lepak2......dah lama my family x ber'picnic. sekarang ni abah tengah busy bawa bas memang xde masa la nak berkumpul sekali. it's ok dapat lepak2 mcm ni pun dah kira alhamdulillah......=))

Sunday, December 25, 2011

last day

eh! style lain plk.....konon nak kelainan tp rasa mcm pelik la plk...so dah x tahu nak tukar mcm mana teruskan je la kan...

story pasal last day sekolah. kesian my students kena dtg sekolah time org lain cuti sekolah. xpe la kan nak buat mcm mana tadika swasta.....=))



masa ni tengah tunggu minit2 terakhir. cik alya ni dtg pada saya dan mcm biasala menunjukkan lukisan princess nya dan saya pun membuat satu permintaan menyuruh dia lukis gambar putera raja plk asyik princess je.....

so apa lagi dengan penuh semangat berkobar-kobar dia pun start la melukis















dah jadi putera raja dia. ingatkan just pandai lukis princess saja....















princess still x tinggal....


















ok dah siap putera dan puteri raja....















a/k : tahun depan dapat students baru....sapa plk nak lukis pprincess utk saya

Friday, December 23, 2011

anniversary mak dan abah part 2

rasa macam dah lama je x update kan....hehehhehe kemalasan menyelubungi diri + busy dgn kehidupan di atas muka bumi (mcm biasa alasan selamat =)) )

ok di tengah malam yang sunyi lagi sepi ni nak sambung story anniversary abah dan mak
(ermmmmmmmmm....x abis2 lagi. so ada aku kisah....hehehehhe)

kali ni part gambar2 plk k...


kek sunflower ( bunga favourite saya)
rezeki mak dan abah.... masa pergi kedai kek tetiba plk ada kek macam ni selalunya kena tempah dulu kan baru dapat....so kena plk dengan my favourite apa lg tanpa berfikir panjang terus beli satu. masa tu ada 2 je lagi.

sesi potong memotong.....


masuk sikit muka orang yg seronok gile nak makan kek....

sesi bukak hadiah....

hadiah murah je daripada saya coz buat masa skrg ni itu je la yg termampu.
sambutan kecil-kecilan just kami berempat
tapi kakak janji pada mak dan abah insyallah one day kita akan buat paling besar, paling meriah, paling gempak punya.....

a/k: love u so much.....forever and ever and ever, and everrrrrrrr =))

Thursday, December 15, 2011

happy anniversary mak dan abah

hari ni 16/12/2011 hari anniversary mak dan abah yang ke 27 tahun. alhamdulillah pencarian berakhir memang saya dah lama cari tarikh ni. nak tanya mak memang x la coz saya malu nak tanya. rasanya tahun ni first time nak sambut anniversary mak dan abah. sekarang tengah fikir nak buat apa erk? nak beli kek dan hadiah tapi hadiah apa yang sesuai maklum la first time kalau birthday tu tahu la coz setiap tahun buat. nanti saya fikirkan.....


my loves....



alhamdulillah dah 27 tahun ikatan ini terbina. masih kukuh berdiri walaupun kadang kala pelangi muncul kan diri. kadang kala taufan bersama angin kencang dan ribut datang menguji. TERIMA KASIH ALLAH.....

untuk mak dan abah selamat ulang tahun yang ke 27. semoga mak dan abah terus kekal hingga ke akhir hayat. SAYANG MAK DAN ABAH SANGAT2 .......

tentang mereka

hari ni nak story tentang 2 orang manusia yang pernah hadir dalam hidup saya.
mereka juga di antara manusia2 yang telah mengukir nama dalam list name diari hidup saya.

mula mengenali 2 manusia ni pada mei/julai 2007 ketika saya bekerja ni bayu cafe USM selepas spm. seriously first time dalam hidup mula berkawan dengan manusia yang bernama lelaki. (means lelaki yg x ada langsung kaitan dalam hidup) walaupun pertama kali alhamdulillah ALLAH temukan saya dengan 2 orang sahabat yang ikhlas berkawan dengan saya dan abang yang sangat baik buat saya.

pertama....

adi berasal dari lombok indonesia. masa kenal dia belum ada kes2 lombok tu.first time memang x percaya coz muka dia dan cara bercakapnya sebijik macam orang melayu. tapi lama kelamaan terserlah jugak ke'indon'an dia tu. masa kenal dia umo dia dalam 25 tahun. semua dia cerita pada saya tentang kisah hidup dan family kecuali nama sebenar dia. x tahu la kenapa berkali-kali jugak curi2 nak tengok pasport dia tapi jangan harap la dapat dan x pernah dapat tengok pun. adi tu just nama samaran saja.

dia seorang yang suka memberi nasihat. dia banyak selitkan kata-kata yang membuatkan kita terfikir balik. bak kata orang x sembang kosong la. sangat menghormati perempuan dan orang tua. dia sangat rajin bekerja, selama saya bekerja dengan dia, rasanya belum pernah dia tanya berapa gaji or bila dapat gaji. semua dia suruh bos simpan. dia just ambik duit poket saja.
saya suka dengar cerita2 hidup dia. zaman kecik2, zaman sekolah, zaman merantau, zaman bekerja....banyak sangat pengalaman dia. rasanya boleh dah buat buku. apa yang saya dapat simpulkan daripada kisah hidup dia, adi ni x la susah sangat sebenarnya coz family dia ada bendang sendiri, ada kebun yang di usahakan, ada rumah tapi bila saya tanya dia kenapa datang kerja sini dia cakap nak cari sesuatu yang baru. x faham la dengan kau adi. apa yang kau cari sebenarnya?

bila saya dapat masuk iic dia cakap "pergi la dik ini peluang untuk masa depan kau bukan untuk orang lain"
masa saya study di iic bila saya call, dia selalu pesan "belajar rajin2 dik ingat mak dan abah. kau dapat peluang jangan sia2 kan peluang tu" dia x pnggl pak cik dan mak cik katanya dia dah anggap macam mak dan ayah dia. dan banyak lagi kata2 dia. (sangat rindukan kata2 kau adi).
oppsss!!!!! lupa nak cerita ayah dia pun ada kat malaysia. masa tu ayah dia kerja kontrak kat ipoh perak. saya x pernah jumpa tapi selalu jugak saya call ayah dia tanya khabar dan saya jugak panggil ayah dia dengan panggilan ayah.

rasanya selepas setahun lebih di iic suatu malam dia call saya

" dik aku dan ayah dah nak balik."

"bila?"

" sekarang kami dalam bas"

"kau balik cuti ke?"

" x tahu lagi la dik"

" kau x nak kerja sini dah ke?"

"nak... tapi tengok la macam mana. ermmmmm....dik nanti aku call balik k aku nak turun makan dengan ayah"

dia sengaja end kan kat situ coz masing2 dah mula ter'emo. mcm tu la dia kalau dia sedih memang cepat2 dia cari peluang nak stop. masa tu terkejut jgk la tetiba dia nak balik. tunggu punya tunggu dia x call dan saya pun call dia balik.

"dik kenapa kau x tdo lg dah pukul berapa ni?"

" x aku nak tanya kau ada kat mana?"

" aku dalam bas. dik jangan risau kat aku. esok kau ada kelas pergi la tdo"

"adi mesti kau x datang balik kan. mesti kita x jumpa dah kan"

"insyallah nanti aku datang balik. jangan risau walaupun kita x jumpa aku ingat kau sampai bila2"

dan sekali lagi dia end kan kat situ. keesokan paginya dia mesej saya dia cakap dia dah ada dekat jeti untuk naik kapal ke indonesia. dalam mesej tu dia tulis

"dik aku dah sampai jeti. selamat tinggal dik semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi. jaga diri baik2. belajar rajin2. kirim salam pada mak dan abah. terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai kawan dan terima kasih untuk mak dan abah jugak yang ambil berat tentang aku. aku sayang semua."

memang menangis jugak la masa baca mesej tu. lepas tu saya try call tapi dah x boleh mybe dia dah naik kapal dan dah masuk perairan indonesia. itu lah kali terakhir saya menerima mesej daripadanya dan itu lah panggilan terakhir saya mendengar suaranya. hampir 3 tahun berlalu memang x dapat dikesan kedudukan dia sekarang. masihkah hidup atau x. saya pernah hantar surat ke alamat rumahnya di indonesia tapi x berbalas. x apa la insyallah satu hari nanti mungkin kami akan ditemukan kembali. hope dia sihat dan bahagian bersama keluarganya. entah2 dah kahwin dah pun....=))


kedua.......

ini abg wan nama penuh dia izwan orang negeri sembilan merangkap tukang masak bayu cafe. masa ni umo dia dalam 32 tahun duda anak satu. kahwin masa umo 18 tahun gatal katanya sebab tu dia kahwin awal dan cerai masa umo 23 tahun. bagi saya x salah rasanya kita dengar dan berkongsi cerita orang kan. so boleh dikatakan tiada rahsia la di antara kami semua mak nenek dia cerita kat saya zaman jadi samseng kat sekolah, zaman bercinta, zaman kahwin, zaman cerai, zaman duda, zaman bekerja dan zaman tua.....lagi banyak pengalaman ini orang.

abg wan ni umo saja tua tapi bila dah campur dengan kami yang umo 20-an ni mula la watak dia bertukar. menyakat adik2 ni memang favourite la. berleter macam nenek2 tapi ada masanya di berperwatakan sbg seorang abang dan kawan. dia pandai sesuaikan situasi , masa dan watak. otai la katakan.

masa saya dapat study di iic dulu dia la orang paling gembira coz katanya abang bangga adik abang dapat masuk belajar. dia jugak antara yang banyak memberi sokongan dan kata2 nasihat masa saya study. biasala kalau call tu nasihat dan berleter sama naik la. paling dia x sabar time convo. dia cakap abang la orang paling gembira masa tu tengok adik abang pakai jubah. tapi sayang masa saya convo dia dah hilang entah ke mana. last saya mesej dengan dia time practical rasanya masa tu saya baru start practical. dia x berapa sihat coz darah tinggi dan kencing manis dia teruk. tapi lepas pada mesej tu dia x pernah dah call atau mesej saya. lepas habis practical saya try jugak call tapi dia dah x pakai nombor tu. x tahu la dia kemana.

mengenali mereka adalah diantara satu pengalaman paling berharga dalam hidup saya. saya mula kenal tentang dunia sebenar dan saya banyak belajar daripada pengalaman hidup mereka. saya belajar daripada kisah2 hidup mereka. semua itu juga la yang menguatkan kaki saya untuk melangkah ke iic. semangat mereka, sokongan mereka selain daripada family tersayang. setiap hari, setiap detik, setiap saat hati ini merindui mereka. otak ini masih ligat memikirkan mereka. tapi ini yang tertulis setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

abang wan dan adi semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia di samping orang2 tersayang. insyallah satu hari nanti pasti kita akan bertemu lagi.


a/k: selepas bertahun-tahun saya simpan cerita mereka hari ni saya tulis jgk di dalam blog. =))

Tuesday, December 13, 2011

=((

kelmarin petang something yang x di duga terjadi, satu kata yang terkeluar dari mulut seseorang. mungkin baginya itu sekadar gurauan tapi saya memang terasa dan saya sangat,sangat, sangat terasa......

kalau selama ni saya x pernah nak ambik kisah, nak terasa, nak terdetik sesuatu yang negatif dalam hati dengan gurauan pedas atau kata2 ikhlas dari sesiapa pun tetapi kelmarin saya di uji.

kenapa? kerana....
pertama, belum pernah dalam hidup saya yang 22 tahun ini saya mendengar sesuatu yang negatif daripada mulutnya tentang saya.....dan kelmarin saya mendengarnya.
kedua, selama ini saya x pernah ada pandangan negatif pada dirinya walaupun sebesar zarah dan saya pun mengharapkan yang sama. tapi rupa2nya percaturan saya silap....... dan kelmarin saya mendengarnya.

dan sejak semalam dan hingga hari ini saya just berdiam diri. ia saya marah selepas mendengar kata2nya. hati saya menangis. saya kawal airmata agar x mengalir di hadapanya. sebelum tidur saya menangis sepuas2nya. menangis lah wahai diri moga esok hati ini kembali tenang dan biarlah cerita ini berakhir di sini dan keluar melalui airmata ini.

tetapi rupanya tidak otak saya masih ligat berfikir. hati saya masih bermuhasabah dengan diri mencari jawapan yang saya sendiri tidak pasti. saya x mengikut emosi, saya cuba kawal diri, saya cuba berfikiran positif bukan x pernah menghadapi situasi macam ni tapi.....
umpama luka yang masih berdarah. walaupun sembuh tapi parutnya masih ada dan akan terus ada selamanya.....

saya minta maaf saya tahu dengan diam saya ini akan terus menyeksakan. saya dah x marah. x perlu pujuk saya, x perlu kata2 indah buat saya dan x perlu kata maaf untuk saya. tapi saya perlukan masa bersendirian. masa untuk cas kan diri kepada cas positif. cas kan otak untuk kembali berfikir seperti biasa. cas kan hati untuk menerima segala-galanya dengan terbuka.

terima kasih untuk satu pelajaran baru buat saya.....




Sunday, December 11, 2011

free time

sebenarnya x ada apa nak story pun tapi saja nak menghabiskan masa lapang malam2 ni sambil meneman adik wan tengok tv. memang xde citer lain la selain daripada channel 611 dan 610. kalau ubah mula la muncung sedepa.

ok berbalik kepada story utama hari ni just nak tulis pasal nama2 yang pernah di suggest kan kepada suadara mara tapi xpernah pun diorang ambik. tapi it's ok saya pun just suka2 je....

  1. rezaqeel haiqal
  2. delisha adalia
  3. nureen riqqa
  4. alif afif
  5. aisy naufal
  6. anies narsis
  7. amru al-asy

Saturday, December 10, 2011

bilik oh bilik

malam ni tetiba rasa nak story pasal bilik. satu tempat yang teramat penting dalam hidup saya.
macam pelikkan.....tapi if x ada bilik dapat satu ruang untuk diri saya pun jadi la coz saya adalah seorang yang mempunyai perangai yang agak pelik. x la pelik sangat sebenarnya. saya teramat la suka sangat menyimpan barang2 dan kalau boleh semua barang2 tu saya akan susun di satu sudut atau ruang.... dan yang penting saya mesti nampak barang tu.dan ia telah menyebabkan mak selalu bising kata mak barang yg x penting tu letak la dalam kotak or buang. oh no,no, no.... memang x la kan kalau letak dalam kotak boleh terima lagi.percaya atau tidak saya masih menyimpan buku2 sekolah menengah untill sekarang coz bagi saya itu semua adalah kenangan hidup saya. one day bila saya dah ada rumah sendiri, satu daripada bilik akan saya buat tempat ala2 muzium. bukan untuk bagi orang tengok tapi untuk diri sendiri. bila dah pencen dan menunggu ajal datang menjemput nanti duduk sorang2 dalam bilik tu sambil mengimbau kenangan2 lama. wah bestnya....

ini katil saya di hostel masa study di iic

ini masa my group nak buat shinny kids show di decorate oleh kami

selain tu boleh dikatakan saya banyak habiskan masa dalam bilik, so saya mesti buatkan ia nampak selesa. masa kat hostel dulu adik2 junior cakap katil saya dah macam katil baby.
serious cakap saya susah nak pergi tidur rumah saudara mara coz saya sayang nak tinggal katil. dulu masa tinggal kat kulim saya ada bilik sendiri so segala benda la saya susun dan decorate bagai nak rak. tapi x lama coz masa abang nak kawin terpaksa berkongsi bilik dengan adik lepas tu memang dah xde mood la nak buat coz dah bilik orang kan.
sekarang tinggal di langkawi sekali lagi berpeluang dapat bilik sendiri nak decorate tapi mak cakap x payah la kakak rumah orang bukanya lama pun kita nak stay sini dan jangan pandai2 nak tebuk rumah orang. ok la mak.....tapi sebenarnya masih dalam proses decorate tanpa menganggu bentuk asal.....hehehehhehe.... macam mana tu =))

a/k : esk memulakan kembali tugasan....cuti dah habis bro....=))

Friday, December 9, 2011

LIMA part 3

akhirnya dapat jugak pergi pameran LIMA on 9/12/2011. memang best sangat coz dapat tengok bermacam-macam dan pelbagai rupa kapal terbang walaupun x la minat sangat bab2 kapal terbang ni kan. ok jom layan pic seharian di LIMA langkawi.....memang berbaloi =))


muka excited adik wan


















kenapa just pic adik wan? coz hanya saya dan dia saja yang pergi so sapa nak ambik pic saya kan just saya je la yang ambik pic dia. ok terpaksa update secara express coz hari ni nak pergi lagi kali ni mak join sekali. abah kerja hari ni. rasanya ini kali pertama dan terakhir pergi coz LIMA ni kan 2 tahun sekali so x tahu la lg 2 tahun berkesempatan ke x....

Thursday, December 8, 2011

LIMA part 2

ini 7/12/2011 punya cerita. kelmarin x pergi belakang airport just tengok dari rumah je tapi x la
nampak clear sangat.
lepas zohor we decided utk pergi tengok pameran kat kuah.
sebenarnya pameran ni banyak tempat sejak LIMA tapi belum berkesempatan nak pergi semua.
antara pameran yang menarik hati adalah pameran lukisan.
ingatkan ada la imuda or sapa2 pelukis yang terkenal tapi xde semua pelukis dari langkawi jugak coz diorang nak tonjolkan pelukis2 langkawi.

x sangka mak dan abah pun minat jugak nak tengok lukisan2 ni

dahsyat la pak cik pelukis ni....cantik kan

salah satu lukis yang menarik hati tapi boleh tengok je la harganya ribu-ribu ooooo....

ini kalau letak kat ruang tamu mmg cantik la.....(terberangan kejap)

ini lukisan yang adik wan minat...
nanti kita lukis satu mcm ni k....
hehehhehe.....

lepas tengok pameran we all pergi beli barang dapur so yang lain2 pameran next time la pulak. hari ni belum pergi mana2 lagi just stay at home and tengok kapal terbang dari rumah. hehehhehe............malas punya orang

a/k: kemalasan dah datang...no, no, cannot...

Tuesday, December 6, 2011

LIMA part 1

harini first day LIMA LANGKAWI 2011
alhamdulillah dapat cuti 3 hari. hehehheheh tq bos....

disebabkan keterujaan nak tengok kapal terbang pukul 9.00 pagi saya dan adik wan dah siap ada belakang airport.


dah sampai......
xde la ramai orang sangat pun so boleh la sesuka hati memilih pot yang sesuai.

hari ni boleh tengok semua jenis kapal terbang


MAS


FIREFLY

AIRASIA

pergi punya la awal rupa2nya pukul 11.00am lebih baru kapal terbang untuk pertunjukkan naik...








memang best la dapat tengok aksi2 kapal terbang ni but nama sorry la coz saya just tau tengok je....kalau nak tahu nanti google k. ni baru first day ada lagi 4 hari. hope x terlepas walau sehari pun......

dan pengalaman hari ni ditambah seri kan dengan kereta yang x boleh start. abah cakap bateri dah out so kena ganti bateri baru. then tinggalkan je kereta kat belakang airport tu nanti abah balik kerja abah akan jumping sebelum beli bateri baru. macam mana dengan plan esok?.... nasib la......huhuhuhuhuhu

a/k: abaikan kualiti pic coz just berbekalkan cik kylie...=))

Friday, December 2, 2011

apabila ter....

masa singgah pasaraya cenang semalam tetiba mata terpandang sesuatu

jeng,jeng,jeng

*
*
*
*
*
*
*

sebuah lukisan di atas cermin plastik. macam menarik je x pernah lagi try mewarna di atas cermin plastik selalunya atas kertas. so apa lagi bila ternampak mula la tertarik then terbeli la satu.....

balik rumah terus la membelek benda ni arahan pulak dalam bahasa cina confirm la x faham kan but it's ok agak2 je....

ini water colour dia tp x macam water colour biasa coz cair dan melekit macam gam.

ok ini percubaan pertama. bila warna dah kering dia akan melekat terus kat cermin plastik tu

ini dah siap..... boleh tahan jugak la nak menyiapkan satu lebih kurang 2 jam. tp rasanya if dah biasa kejap je kot.... x la susah sangat sebenarnya.

ini selepas di keringkan. after that saya letakan kertas A4 belakang tu xyah susah2 letak gam coz kertas A4 akan melekat terus apabila terkena colour tapi yang bestnya langsung x menjejaskan colour bila A4 tu di tanggalkan. kaki bawah tu memang dah siap ada sekali masa beli.



a/k : bagus sebenarnya benda ni sesuai untuk kreativiti budak2 umo 7 tahun ke atas dan hasilnya memang cantik. tapi harganya boleh tahan jugak. =))